PEDOMAN

20 PERKARA JANGAN
Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi olehperkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapiitulah sesungguhnya yang mendatangkankeburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapatperkara-perkara yang terkena batang hidung sayasendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harussaling ingat memperingati diantara satu sama lain.Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan iniAllah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar). Takut kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yangpecah atau sumbing. Makruh kerana iamembahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan .
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki terhalang(kerana berpagi; itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuatkebaikan. Takut; kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainanpasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila; masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kitabersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalamsetiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri; munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebihlama dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya. Sabda Rasulullah SAW, " Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"